BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 17 April 2010

http://www.mp3-codes.com/my_playlists/bobottitas

http://www.mp3-codes.com/my_playlists/bobottitas

Khamis, 8 April 2010

Logo My Base Group


"Bersatu Kita"


Slogan My Base Group

Cerebrospinal Fliud Circulation



Mari kita perhatikan sama-sama...

Jumaat, 5 Mac 2010

.. BrOnKiTiS..

Apakah itu bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

  • Bronkitis akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu).
  • Bronkitis kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan bronkitis akut.


Apakah yang menyebabkan bronkitis?
Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Gejala yang perlu diberi perhatian :-



Bronkitis akut

Bronchitis kronik

  • Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada
  • Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F)
  • Sakit tekak
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Penyebab utamanya ialah merokok
  • Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
  • Sukar bernafas dan terasa sesak dada
  • Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)


Bagaimana doktor dapat mengesan bronchitis?

  • Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.
  • Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jika doktor mensyakki anda menghidapi bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.
  • Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.

Pengurusan sendiri
Penjagaan sendiri untuk penyakit bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.

  • Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.
  • Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
  • Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa.

Ubat Untuk Merawat Bronkitis
Doktor anda mungkin:

  • mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
  • mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
  • menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota).

Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:

  • Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).
  • Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.
  • Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.

Adakah ubat antibiotik boleh membantu?
Jika anda batuk dan mengeluarkan kahak yang kekuningan atau kekehijauan, doktor biasanya akan memberi anda ubat antibiotik. Bronkitis yang kronik memerlukan rawatan antibiotik dari masa ke masa untuk mencegah jangkitan dari berulang.


Pencegahan

  • Berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok. (jika anda berhenti merokok, anda akan dapat bernafas dengan lebih selesa dan paru-paru akan mula sembuh).
  • Jauhi daripada pencemaran udara dan bahan-bahan kimia tertentu jika anda mudah mendapat bronkitis.
  • Elakan dari menyedut habuk atau wasap bahan kimia. Pakailah topeng keselamatan atau alat-alat perlindungan lain jika anda berada ditempat yang tercemar udaranya.

Anda boleh

  • memberi rawatan sendiri di rumah untuk mengatasi masalah pernafasan yang ringan seperti selsema dan bersin.
  • melakukan senaman secara tekal untuk menguatkan otot pernafasan. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.